Selasa, 22 Ogos 2017

Taif... Saksi Kehebatan Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam Dalam Berdakwah


بسم الله الرحمن الرحيم

   Assalamualaikum.... pa habaq ? Sihat ka ? Semoga kehidupan semua pembaca Blog Chef Madani Sihat2 belaka nohhh... post kali nie, nak ceqita dekat hampa semua tentang satu bandar yang menjadi saksi bisu kepada rehlah dakwah Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam bersama sahabatnya yang mulia iaitu Zaid Bin Haritsah...kita rewind balik ingatan kita sat dengan sirah nabi secara ringkas sebelom nak ceqita pasai bumi taif nie... 

   Rasulullah bersama Zaid Bin Haritsah ke Taif menaiki unta. Taif ketika itu Taif  didiami oleh kaum Saqif yang terdiri dari 2 suku ; suku bani Ahlaf dan suku bani Malik. Kedatangan Rasullullah ke Taif tidak lain adalah untuk mengajak penduduk Taif beriman kepada Allah serta RasulNya... tetapi kedatangan Rasullullah di sambut dengan kemarahan dan lemparan batu dan segala macam hinaan yang Nabi terima, hingga Rasullullah dan sahabat baginda cedera parah akibat lemparan batu oleh penduduk taif ketika itu. Tapi apa yang Rasulullah lempar balik kepada ahli taif ? adakah Rasulullah teruih ja berdoa supaya bumi Taif hancur macam kota2 umat terdahulu yang ingkar kepada suruhan Allah ? Baginda hanya berdoa agar mereka di beri hidayah dan petunjuk dan moga generasi mereka yang akan datang menerima Islam sebagai agama mereka... Hebatkan akhlak Nabi kita ? ( jom pakat2 banyakkan selawat ke atas nabi sollahu alaihi wassallam )... Yang nie secara ringkas kisah Nabi ke Taif, sahabat2 bleh baca kisah selengkapnya dalam buku2 sirah hat dok ada juai kat kedai2 buku ( kedai buku popular ker darul salam ka... ikut hampa lah nak beli buku kat kedai mana... hehe ) , tanya ustaz2 hat hebat di Malaysia ka... bukan setakat baca ja noh... ambik iktibar dan contoh akhlak Rasullullah sekali... 

   Ok... la nie baqu nak masuk ceqita aku ke Taif.. Jarak perjalanan dari Madinah Al Munawwarah ke Taif sekurang kurangya dalam 400 lebih kilometer, lalu mekah dulu baru taif. Jadi dah alang2 lalu mekah, singgah lah sat buat umrah kan... kat mekah, kami sewa hotel bajet selama 2 hari 1 malam... semalam kat hotel tue 150 riyal... ok lah kan, nie pon harga biasa2 ja bukan harga musim haji lagi... mau dia cekau beribu hahaha... dari mekah ke taif bukan lah jauh sangat macam madinah , jarak mekah ke taif lebih kurang 91 kilometer ja... Pukul 1 petang lebih kurang pada esok harinya, kami dah start bertolak ke Taif naik kereta ( dalam 2 buah kereta )... dalam perjalanan kami ke Taif kami singgah sat mat'am ( restoran ) untuk makan tengahari... ( perut dah lapaq kan... makan lah dulu ),  makanan tengahri kami macam besa lah nasi arab mandy lauk ayam dengan sebotoi air seven up. Lepas isi ja perut, kami sambung balik perjalanan menuju ke Taif. Taif nie kawasan dia bergunung... jalan dia macam kita nak pi naik ke cameron higland tue... jalan macam ular bengkok2... tapi ttaif tinggi lagi... ambik masa sejam gak lah nak sampai betul2 kat taif...

   Sampai ja kat Taif, kami singgah solat sat kat Masjid Ibnu Abbas. Masjid nie juga bersemadinya jenazah sahabat nabi yang bernama Abdullah bin Abbas... lepas semayang, kami pusing2 jalan kat keliling masjid ibnu abbas nie... nak tengok kubur ibnu abbas tak boleh sebab pintu kawasan perkuburan dikelilingi tembok... jadi kalau nak tengok kena pandai2 lah ambik batu pijak...hehehe... baru bleh nampak. Lepas pi singgah masjid Ibnu Abbas, kami pi cari plak Masjid Khuq'. Masjid nie dikatakan tempat Nabi Sollahu Alaihi Wassalam berehat sebentar selepas dihalau oleh penduduk Taif ketika itu bersama dengan sahabat baginda. Tapi kan... Masjid nie dah tak fungsi dan terbiar macam tu ja... Lepas tue, kami singgah ke Masjid Umar Abdul  Aziz. Masjid ni dikatakan dibina pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz... ( boleh cari maklumat tentang siapa Khalifah UmarAbdul Aziz ). Ada juga yang kata masjid nie dibina pada zaman  Ali Bin Abi Talib R.A. Lepas kami ziarah dua masjid nie ( masjid khuq dengan masjid umar dok dekat ja )... kami pi singgah plak Suq U'kaz...Suq U'kaz kat Taif nie.merupakan salah satu pasar besar diantara 3 pasar besar yang ada pada zaman jahiliyyah pada musim Haji. Fungi pasar nie ialah arab dok berkumpul sesama depa sambil menunjukkan kemahiran dan kehebatan depa dalam bersyair...tapi bila Islam datang.... pasar nie dah tak berfungsi lagi... sebab musim haji kan kita kena pi mekah... buat apa pi situ dah hehehe.....

   Habis saja melawat tempat sejarah kat Taif.... kami pi jalan2 kat tempat lain plak. Kat Taif bukan ada tempat sejarah ja, tempat2 perlancongan yang best2 pon ada... kami sempat singgah cable car kat Taif....harga nak naik cable car kat Taif sorang kena bayar 60 riyal... ( nie harga bukan musim cuti... kalau musim cuti hampa bleh pikiaq harga dia berapa hehehe )... Kat sini gak ada taman tema air... macam dekat Bukit Merah Lake Town Resort tue...tapi harga dia mahai sikit lah...kami tak pi lah mandi dekat situ... sebab musim sejuk... mau biru kulit nak mandi kan...kami ambik kesempatan naik Roller Coaster...tapi kan..roller coaster kat taif dia ada break sendiri....hahaha...macam naik keta plak ada brek2 bagai.... hat nie sorang harga dia dalam 30 riyal.

  Dalam perjalanan pulang ke Mekah, kami singgah sat tempat juai buah2 kat sana... kat Taif macam2 buah kita boleh dapat... ada buah Tin yang segar ( bukan hat kering yang jemaah haji dok bawak balik tue ) buah tin hat fresh nie dia lembut sikit... kalau baling kat dinding hancoq tros...selain buah tin ada macam2 buah lain yang ada macam buah anggur,epal, oren.... buah rasphberry pon ada.... kat sini pon ada gak jagung bakaqsapu butter... sedap makan time musim sejuk2 nie... kami turun dari Taif dalam pukul 6 petang gak lah.... nak dekat2 maghrib turun menuju ke Mekah....kat Taif ada hotel, tapi harga dia tak mampu lah kami geng2 student nak tidoq atas tue... mau botak kepala sorang2 nak bayar hahaha..... Jadi setakat nie lah aku bleh cita kat hampa pengalaman aku pi Taif.... kalau hampa yang mai buat umrah boleh kot ambik kesempatan mai ziarah taif... alang2 dah mai mekah kan... hehehe...tak jauh mana pon... makan sejam ja.... ok lah... takat nie ja kot...hampa tunggu plak cerita aku hat baru untuk hampa nohhhh.... ok Wassalam...


( Sekitar Pemandangan Di Taif )

( Jalan Nak Pi Taif.... Macam Cameroon Highland Kan)



( Sekitar Pemandangan Di Taif )

( Dok dalam keta kabel )


( Taman Tema Air Kat Taif )




( Perpustakaan Masjid Ibnu Abbas )

( Sekitar Pemandangan Kawasan Masjid Ibnu Abbas )



( Masjid Khuq Tempat Dikatakan Nabi Berehat Sebentar Selepas Dihalau Oleh Penduduk Taif Ketika Itu )

( Juru Cerita Kat Taif )

( Masjid Khuq )

( Masjid Umar Abdul Aziz )

( Singgah Solat Kat Masjid Pasar Uka'z )

( Sekitar Pemandangan Kawasan Suq Ukaz )

( Kawasan Perkuburan Yang Dikatakan Bersemadinya Sahabat Nabi Abdullah Bin Abbas )

( Mai Beli Buah Kat Taif )


( Buah Tin Hat Fresh )

( Ingat Kat Saudi Tak Dak Kera Ka.... hehehe )


   

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Taif... Saksi Kehebatan Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam Dalam Berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم    Assalamualaikum.... pa habaq ? Sihat ka ? Semoga kehidupan semua pembaca Blog Chef Madani Sihat2 belaka noh...