Khamis, 20 Julai 2017

Festival Kebudayaan Dan Kesenian Universiti Islam Madinah Al Munawwarah


بسم الله الرحمن الرحيم

   Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.... Kaifa Halukum ? Apa habaq semua ??? macam mana hampa ? sihat ka ? kerja ok ka ? Aku harap hampa semua sihat wal afiyah selalu.... kalau ada yang sakit aku doakan hampa cepat sembuh dan selamat menjalani ibadah sebagai seorang hamba Allah di muka bumi nie.... Hampa besa dengaq dak Festival2 nie? klu kat Malaysia, festival fesyen hat mood republik hampa tau lah kan? hat qebut2 duit tue hahaha... Ok, ari nie aku nak cita kat hampa pasai ( مهرجان الثقافات و الشعوب ) @ ( Festival Kebudayaan Dan Kesenian ) anjuran Universiti Islam Madinah Al Munawwarah. 

   Festival nie sebenaqnya diadakan dengan tujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama orang islam dari serata dunia sambil mengenal budaya dan adat masing2 dari seluruh negara di bawah satu bumbung. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al Quran :-

(وَمِنْ آَيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. ( surah ar rum / ayat 22 )
                                (يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِي )
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( surah al hujurat / ayat 13 )
Jadi pihak Universiti merasa terpanggil nak buat program macam nie... Hebat kan ?. Program ini selalunya dirasmikan oleh Putera Salman Bin Raja Salman ( anak kepada King Salman raja arab saudi yang sekarang ). 
   Festival nie memaparkan dekat kita tentang budaya dari negara masing2 seperti :- budaya dalam pemakaian , makanan , geografi negara tue , pentadbiran dan perlancongan negara tue , permainan budaya dari negara masing2 dan lain2 lagi lah nak habaq.
- Budaya Dalam Pemakaian :-  aku tengok macam2 pakaian yang depa pakai, ada dari negara afrika tue pakai baju kulit harimau bintang dengan bulu2 atas kepala depa..huhuhu... kalau belah eropah macam bosnia, pakaian adat depa macam turki sikit... selalunya kalau hat belah eropah pakaian depa semua cantik2.... kalau pakaian belah negara arab plak selalunya berjubah lah... tapi ada jah negara arab jubah dia pelik sikit macam negara mauritania... jubah depa kat ketiak tue besaq sikit hehehe... adat masing2 kan.
- Budaya Dalam Makanan :- hat makanan nie part yang paling best aku nak cita.. ( sebab aku suka makan ), pernah aku singgah kat satu booth negara macam belah afrika ( tak ingat nama negara dia )... aku nampak atas meja dia ada pinggan tertutup dengan daun apa tak tau, aku buka nahhh ulat saja, kecut teruih mulut ngn lidah bila aku tengok ulat2 tue dok gerak2 lagi hahaha... teruih keluar dari booth tue.. ada pulak negara hat masak daging kuda macam negara albania kalau aku tak silap... tapi depa tk bagi makan, depa kata untuk display ja... Kebanyakkan negara belah eropah makanan depa semua sedap2 macam negara belanda, albania, bosnia dan lain2 lagi... kalau negara belah asia, makanan hat paling sedap ialah negara malaysia ( dah negara sendiri mau tak sedap kan )... Malaysia hidang kuih muih hat tradisional macam kuih bahulu, karipap, kuih onde2, pulut kuning, bubuq chacha... tapi aku tengok arab kalau makan bubuq chacha mesti depa tak bleh nak telan hat cha cha ( hat warna warni tue lah... tak pon jenis tepung hat lembik ) arab tak bleh nak makan... hahaha... tue baru kuih , depa tak pekena lagi dengan budu ka belacan ka.... pening teroih hahaha.... tapi kat sini tengok boleh tengok kreativiti masing2 dalam mempamerkan budaya dan adat dari negara masing2

- Geografi Dan Sistem Pentadbiran Negara :- kat sini aku tengok ada diantara negara2 yang memamng sudah lama hebat ,  dengan tamadun mereka yang hebat, kecanggihan teknologi  negara depa bleh buat , sistem ekonomi yang hebat dan macam2 lagi lah... ada juga negara2 Islam hat masih lagi tak dapat merasa kecanggihan ekonomi macam negara2 belah Afrika.... pernah suatu hari tue, aku ternampak student2 afrika dok kalut balut peti ais , tv , mesin basuh... ingat ka nak juai rupanya dia nak bawak balik negara dia... hampa boleh bayang dak macam mana negara dia ? , tue hat depa bawa balik tak tau lah boleh pasang ker tidak tv tue... ada eletrik ka tidak... agak sedih jgk bila kita tengok keadaan depa kat sini... Setiap negara depa ada tempat perlancongan hat cantik2... macam negara mauritius dengan pantai dia yang cantik, biru air laut dia.... negara belanda palk dengan kincir angin depa dan dengan kawasan gunung depa tambah pulak dengan sejuk2... huuu....

-  Budaya Dalam Permainan :- kat sini aku bleh tengok, macam2 permainan depa dok buat... ada hat menari lah... ada tomoi ( hat nie hampa tau lah kan negara mana ) , kabadi ( tk silap aku negara bangladesh )... macam2 lagi lah... sesetengah permainan ada gak sangkut paut dengan negara kita.. macam permainan negara filipina, ada gak permainan tue kat negara kita, yang hat main dengan batang buluh ( tak tau nama dia )... yang kepit kaki tue lah hahaha.... kat sarawak tue ha... hampa paham lah kot noh hehehe.

   Setiap negara hat menyertai festival nie, akan dapat hadiah walaupon kalah... hadiah depa bagi memang hebat2 macam tempat pertama dapat kereta dengan 30 K riyal, tempat kedua dapat kereta dengan 20 K riyal, tempat ketiga 15 K... hadiah berbeza lah dengan kemenangan masing2... tak kan tempat ke 50 dapat 10 K kan.... kalau tempat ke 20 sampai ke bawah selalunya dapat 1 K ja.... selain tu, ada jugak negara2 hat dapat sumbangan macam negara palestin, negara yang minoriti islam... ada juga hadiah untuk pelajar2 terbaik macam dalam pertandingan hafazan matun , hafazan al quran dan lain lagi....

   Kalau hampa teringin nak mai ke festival nie, hampa mai lah umrah dalam bulan Sya'aban... time  tue selalunya depa akan buat festival nie.... tapi lagi elok hampa follow facebook PERSADA CAWANGAN MADINAH... yg nie facebook rasmi persatuan pelajar malaysia hat mengaji di madinah...kat situ hampa boleh tau macam2 kegiatan rasmi kami pelajar malaysia kat sini... ok lah... takat nie jah aku cita kat hampa pengalaman aku kat festival nie... nanti aku post cita2 hat baru untuk hampa... sambil2 tue hampa share lah blog nie kat org lain... hehehe.. Wasaalam... semoag ceria selalu nohh
( Putera Salman datang ziarah ke booth Malaysia )

( Booth negara Libiria )



( Booth negara Yaman )

( Persembahan tomoi dari negara Thailand )

( Hadiah cabutan bertuah )

( Booth negara China )



( Booth negara Albania )




( Booth negara Sirilyun )






( Cabutan bertuah )


( Booth negara Jerman )

( Hadiah tempat ke 2 )



( Persembahan dari negara Pakistan )































 ( Booth negara Mesir )

( Booth negara Kemboja )




( Booth negara Arab Saudi )

( Booth negara Malaysia )


( Ajk2 Booth Malaysia )


( Booth Negara Malaysia )







1 ulasan:

  1. Baccarat: Everything You Need To Know - Live Casinos
    The Baccarat tables are easy to find, but หารายได้เสริม the tables are simple enough to bring you 바카라 사이트 some excitement. This is where you start 메리트 카지노 쿠폰 to choose the

    BalasPadam

Taif... Saksi Kehebatan Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam Dalam Berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم    Assalamualaikum.... pa habaq ? Sihat ka ? Semoga kehidupan semua pembaca Blog Chef Madani Sihat2 belaka noh...