Sabtu, 10 Disember 2016

Pengalaman Pertama Ketika Kaki Menjejak Di Laman Universiti Islam Madinah Al Munawwarah, Arab Saudi


االسلام عليكم و رحمة الله و بركته 

   Apa habaq semua ? sihat ka ? hari nie nak cita pasai pengalaman pertama apabila diterima sebagai student Universiti Islam Madinah Al Munawwarah... Mula nya masa aku dapat tawaran mengaji kat sini, masa tue aku study kat mesir... kat Universiti Al Azhar. Aku duduk kat umah kedah Haiyu Asyir ( ala yang dekat suq sayarat tue )... masa tue aku tengah dok cuci pinggan ( sebab baru lepas makan tengahari ) tiba2 coih ( muncul tiba2 ) kawan aku habaq kata aku dapat Universiti Islam Madinah. Aku mcm x percaya lah sebab nak dapat Uni nie bapak lah payah... bukan senang2 nak dapat... kadang2 hat STAM mumtaz pon x dpt, dia oqang kata ikut nasib lah... 

   Lepas aku cuci pinggan, aku try lah buka laman web Uni nie, klu tak silap aku yang nie ( www.iu.edu.sa ) buka kat tempat nama2 pelajar baru, mula aku baca hat bahasa arab punya, aku x caya lagi, lepas tue aku baca hat rumi punya ( FAREES ) mmg sah nama aku, sbb ejaan nama aku dalam rumi double E... haha.. aku jadi serba salah campur sedih sbb apa, aku dah dekat setahun lebih mengaji kat mesir, mcm2 pengalaman aku dapat kat mesir... kawan2 pon semua ok, boleh masuk semua.. pengajian aku kat sana pon ok...perasaan aku bercampur nak pi ker tak... last2 aku telepon mak ngn ayah aku, aku abaq kat depa yang aku dapat Uni Madinah. Depa swuh aku balik Malaysia, start buat urusan. Aku mengadu kat mak ngn ayah aku yg aku x mau mengaji kat Uni Madinah, sebab dah selesa mengaji kat mesir, tapi tok wan aku paksa aku balik gak... maka setakat tue lah pengajian aku Mesir... ( baca dalam mood sedih ) huhu...


( Pic Kat Atas Pintu Gerbang Utama Uni Madinah Time Malam )

   
   Ok... nie nak cerita kelebihan masuk Uni nie :-

  1. Dapat pi masjid Nabawi dan setiap hari boleh pi ( dah mmg duduk kat sana kan ) yang menjadi dambaan setiap orang yang sanggup buang duit beribu2 semata nak mai sini.
  2. Dekat dengan Nabi - Sollahu Alaihi Wasalam -.
  3. Dapat belajar @ Talaqqi bersama ngn Masyaikh yang hebat ( Masya ALLAH ) dalam pelbagai ilmu cth : fikh, hadis, tafsir, tauhid, faraidh etc...
  4. Dapat Mukafaah ( elaun belajar ) sebanyak SR 850.00 ( hat nie mmg ramai yg suka kan... hahaha )
  5. Asrama free, x gaduh nak bayaq bil letrik ngn bil air... yuran pengajian pon free x gaduh bayaq... pi buat bitoqoh tolib ( kad pelajar ) terus dapat mengaji kat sini beb..
  6. Dapat buat umrah setiap minggu ( kalau hampa larat lah )... selalunya kami student malaysia naik bas SAPTCO ( mcm bas rasmi kat saudi lah macam transnasional, Plus Liner... ), dapat discount sbb student.
  7. Kalau bab Kuliah @ Fakulti ada macam2, kalau Pengajian Islam ( Syariah, Usuluddin & Dakwah , Hadis , Al -Quran, Bahasa Arab ) kalau yang jenis Akademik plak ( Enginering, Sains , Farmasi ) apa lagi tau.. x ingat... tapi buat masa la nie Uni Madinah buka PENGAJIAN ISLAM SAHAJA untuk student luar saudi...
  8. Kalau hampa mmg x bleh cakap arab, hampa akan masuk MA'AHAD LUGHAH ( mcm markaz bahasa arab untuk orang yg x pandai cakap arab ). AKu dulu masuk situ gak dalam setahun lebih, baru aku masuk kuliah.


Cara Memohon Masuk ke Universiti Islam Madinah
  1. Pemohonan mesti dibuat secara online di website rasmi Universiti Islam Madinah.
  2. Calon mesti lulus peperiksaan SPM dan sijil STAM adalah bonus.
  3. Dokumen kad pengelanan, surat beranak dan sijil SPM mesti diterjemah ke bahasa arab di Institut Terjemaah & Buku Malaysia beralamat di Wisma Itnm, 2, Jalan 2/27e, Taman Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Proses penterjemahan mengambil masa 3 – 5 hari bekerja tapi kalau nak buat ekspress ada yuran tambahan yang dikenakan. Kami bayar RM250 untuk 3 dokumen. Terima kasih kepada Ustaz Syed Puad yang membantu.
  4. Borang pemeriksaan kesihatan perlu diambil di Kedutaan Arab Saudi Malaysia beralamat di Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat di hospital yang disenaraikan oleh Kedutaan Arab Saudi. Kami memilih KPJ Selangor kerana ada kenalan. Pemeriksaan kesihatan mengambil masa 7 hari bekerja.
  5. Perlu mendapatkan dua surat sokongan (tazkiyah) daripada individu atau organisasi yang diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah.
  6. Dokumen berikut mesti di scan pada format jpg dengan saiz tidak lebih 4 mb. Calon akan ada masalah untuk memuat turun dokumen seperti kami pada awalanya sekiranya dokumen menggunakan format pdf dan file melebihi size 4 mb.
    • Kad pengenalan asli
    • Kad pengenalan terjemahan arab
    • Sijil SPM asli
    • Sijil SPM terjemaah arab
    • Sijil STAM asli (jika ada)
    • Sijil STAM terjemaah arab (jika ada)
    • Gambar berukuran passport
    • Laporan kesihatan menggunakan borang yang disediakan oleh Kedutaan Arab saudi
    • Surat sokongan pertama berbahasa arab
    • Surat sokongan kedua berbahasa arab
    • Passport calon
  7. Calon perlu mengisi data peribadi  dan data-data lain ke dalam borang pemohonan secara online dalam bahasa arab dan muat masuk semua dokumen yang telah di scan ke dalam borang online tersebut.
  8. Calon akan mendapat no pemohonon 8 digit setelah semua selesai sebagai no rujukan setiap kali berurusan dengan pihak UIM.
  9. Calon juga dikehendaki menyerahkan no pemohonan kepada pihak hospital dimana pemeriksaan kesihatan dibuat untuk pihak hospital mengirimkan laporan kesihatan secara online ke Kedutaan Arab Saudi.
  10. Uruskan pertemuan dengan Sheikh Pengajian untuk interview samada di Madinah atau di Malaysia semasa lawatan beliau ke Malaysia.
  11. Dapatkan berita pengajian terkini melalui wakil pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah.
   Banyak lagi kalau nak cerita kelebihan duk kat sini... klu nak tau lebih mai lah ngaji sini.. rasai sendiri hahaha...syarat2 dia ampa boleh ngendap dalam web dia ( http://admission.iu.edu.sa/Defaulten.aspx ) hampa jgn risau, kaau hampa x pandai bahasa arab, depa dah sedia dengan mcm2 bahasa ( english, indonesia,urdu, jerman, urdu hahaha ) . Kat uni nie macam uni luar negara gak lah, ada pelbagai student luar saudi yang mengaji kat sini ( afrika , china , korea mcm2 lagi lah ). Nak kirim barang dari Malaysia pon senang, sebab kalau adik beradik mai buat umrah, bleh kirim kat depa... hahaha ( nampak sgt menyusahkan orang... Ya Ampun... ) 


( Pic Kat Atas Student Malaysia Sedang Mengulang Pelajaran Bersama Salah Seorang Student Afrika, Nie Kat Dalam Kelas Kuliah Syariah )


   Sekarang aku dah duk lima tahun kat sini, aku la nie sem 7 dah tinggal satu sem lagi ( taon akhir aku kat sini ) bukan senang nak mai sini abe2 kakok2 weiii... mau kumpul duit beribu2 baru boleh mai sini... hat daftar ngn tabung haji pon kena tunggu lama... Nikmat mana yang kamu nak dustakan wahai diri yang menulis blog ini... kalau ada hat teringin nak masuk uni habaq kat ruang komen bawah nie noh... kita jumpa lagi yer.. haha.. Wassalam...


   


11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,ana berminat untuk sambung pelajaran di sana,boleh tak anta beritahu senarai alumni atau institut yang boleh bagi surat tazkiah
    Jazakallah khair.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sheikh hussain yee dan ustaz abdullah yassin
      Dan juga jais pun boleh...kalau nak nanti pm saya minta contoh surat permohonan

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Assalam tuan, saya nk tanya skit bleh...
    Adakah para penuntut berpeluang melaksanakan haji dan umrah sewaktu berada di UIM? ^_^

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum keputusan anak perempuan Saya sederhana sahaja. BA-B Alquran sunnah-Bt syariah-B. Boleh ke memohon. Ramai ke pelajar perempuan ke Sana. Ada yg boleh bantu ke cara2nya.tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. University Islam madinah hanya lelaki sahaja... Kalau perempuan mohon university di makkah

      Padam
  5. salam....kalau perempuan masuk KSU atau PNU kene mahram juga ke?

    BalasPadam

Taif... Saksi Kehebatan Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam Dalam Berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم    Assalamualaikum.... pa habaq ? Sihat ka ? Semoga kehidupan semua pembaca Blog Chef Madani Sihat2 belaka noh...