Ahad, 11 Disember 2016

Syoknya Minum Asoir' ( Jus Buah ) Di Musim Syita' Kat Madinah Al Munawwarah


السلام عليكم و رحمة الله و بركته


   Haaa... Hari nie nak cita pasai kegemaran Masyarakat Arab Saudi amnya dan juga kesukaan Student Malaysia hat mengaji kat Uni Islam Madinah Al Munawwarah, ampa nak tau apa ? jeng..jeng.. MINUM JUS BUAH atau dalam bahasa arab عصير ( a'sir ). Selalunya kami kat sini kalau ada masa lapang, x kira cuti ka apa ka, selalu mai lepak kat kedai jus buah... kat Arab Saudi memang famous lah kalau bab minum jus nie... berceqetek ( banyak ) kedai2 hat juai ayaq jus buah nie... kadang2 kalau ada jemaah umrah hat mai madinah selalunya geng2 Muzawwir ( orang yg bawa ziarah ) akan bawa jemaah dia mai kedai2 jus buah... best owhh....

   Macam2 jus buah ada kat kedai... antaranya yang aku suka minum kat kedai jus buah :-
  • منجو بالحليب ( jus buah pelam/mangga campur susu )
  • رمان ( jus buah delima )
  • هبهب ( jus buah tembikai )
  • عنب ( jus buah anggur )
  • فواكه مشكل مع آيس كريم ( potongan buah2 campur dengan ais krim )
  • مقطع منجو مع آيس كريم ( potongan buah pelam dengan ais krim )
  • سنيكرس ( sebut dia SEEKERS macam jenama kasut plak... hat nie lagi best... air coklat campur kacang ngn nutella... Terbaik baq hang )
   Hat atas tue yang selalu aku minum kalau aku pi singgah kat kedai asoir ( عصائر : Perkataan jamak atau perkataan yang menunjukkan banyak ), aku tak kiqa waktu cuti ka waktu sejuk ka janji aku dapat minum hahaha...kalau bab kedai jus buah nie ada banyak, dari kedai jus buah hat kecik yg besa2 ja sampai lah kedai jus hat khas untuk buat jus. Kedai2 Asoir' yang famous kat madinah yang aku tau ada 3 ja :-
  • دنيا عصائر ( Dunya Asoir ) kalau terjemahan : Dunia Jus Buah
  • فراولتي ( Farawalati ) kalau terjemahan : buah strawberi
  • بابايا ( Babaya ) kalau terjemahan : buah betik.. ala kalau BI panggil papaya
   Tiga kedai hat atas tue antara kedai2 asoir hat famous kat madinah... tapi kalau dunya asoir paling famous lah dan selalu nampak student2 malaysia bawa adik beradik depa dari malaysia atau jemaah umrah mai minum kat sini. Kalau size cawan plk ada dari kecik sampai lah besaq :-
  • صغير ( soghir ) terjemahan : gelas kecik
  • وسط ( wasoth ) terjemahan : gelas yang saiz dia tengah2 hampa paham kot noh haha
  • كبير ( kabir ) terjemahan: gelas besaq
  • جالون ( jalun ) terjemahan : gelen tapi bukan gelen hat besaq tue noh... dia boh ( isi ) dalam botol lah tapi besaq lagi dari gelas besaq.
   Harga dia beza2 lah berdasarkan gelas yang ampa minta.. kalau bab harga aku x berapa nak ingat sebab jarang minum...ya lah... kalau pi minum tiap2 hari mau tembuih ( terkoyak ) poket seluaq aku weii.. kalau sekali minum tibai macam nak pecah perut hahaha... yang aku ingat kalau wasoth harga dia dalam 6 riyal...harga nie kat kedai DUNYA ASOIR' kalau tak silap lah... selalunya kat kedai2 hat juai jus2 nie ada juai makanan sampingan gak tak pon kat sebelah kedai dia macam :-

  • شاورما ( Syawarma ) macam kebab kat malaysia ( hat nie ada juai kat sebelah kedai dunya asoir )
  • biskut besaq ( hat nie ada kat kedai dunya asoir )
  • بروست ( brost ) ayam goreng celup tepung macam KFC, makanan fast food nie antaranya famous gak lah kat arab saudi nie.
   Selalunya yang aku dok nampak, student2 Malaysia selalu beli hat atas tue time minum asir', tapi kalau tak tempah pon tak pa... dah alang2 nak minum jus tibai sekali dengan syawarma ka apa ka... hehehe.... lain segmen nanti aku cita plak pasai makanan2 arab tu... ampa nanti kalau mai buat umrah ka haji ka ajak lah adik beradik ampa hat ngaji madinah nie x pon ampa ajak muzawwir travel umrah ampa mai minum jus nie... depa tau lah nak bawak ampa kat mana... tapi kan ampa jangan lah lupa ajak aku gak.. hehehe... Harap2 ada gak lah kat Malaysia juai jus2 buah mcm nie... hat ada kat malaysia pon jenis jus buah hat juai kat PASAR MALAM... hat segelas seringgit tue... tapi jus buah hat dok juai kat saudi nie lagi power kat Malaysia.... memang puaih hati lah abaq hang... ok lah takat nie aku cita kat ampa... nantikan cita yg terbaru plak... نراكم على الخير



( Keadaan Kedai Jus Buah Dunya Asoir' - دنيا عصائر - penuh kedai dia dengan buah, hat panjang tue buah tembikai arab )


( Mai Singgah Minum Jus Buah Sat.... )


( Yang Nie منجو بالحليب - Jus Buah Mangga Campoq Susu -, Hat nie saiz ( wasoth ) , harga dia dalam 6 riyal kalau kat silap di Dunya Asoir )

Sabtu, 10 Disember 2016

Pengalaman Pertama Ketika Kaki Menjejak Di Laman Universiti Islam Madinah Al Munawwarah, Arab Saudi


االسلام عليكم و رحمة الله و بركته 

   Apa habaq semua ? sihat ka ? hari nie nak cita pasai pengalaman pertama apabila diterima sebagai student Universiti Islam Madinah Al Munawwarah... Mula nya masa aku dapat tawaran mengaji kat sini, masa tue aku study kat mesir... kat Universiti Al Azhar. Aku duduk kat umah kedah Haiyu Asyir ( ala yang dekat suq sayarat tue )... masa tue aku tengah dok cuci pinggan ( sebab baru lepas makan tengahari ) tiba2 coih ( muncul tiba2 ) kawan aku habaq kata aku dapat Universiti Islam Madinah. Aku mcm x percaya lah sebab nak dapat Uni nie bapak lah payah... bukan senang2 nak dapat... kadang2 hat STAM mumtaz pon x dpt, dia oqang kata ikut nasib lah... 

   Lepas aku cuci pinggan, aku try lah buka laman web Uni nie, klu tak silap aku yang nie ( www.iu.edu.sa ) buka kat tempat nama2 pelajar baru, mula aku baca hat bahasa arab punya, aku x caya lagi, lepas tue aku baca hat rumi punya ( FAREES ) mmg sah nama aku, sbb ejaan nama aku dalam rumi double E... haha.. aku jadi serba salah campur sedih sbb apa, aku dah dekat setahun lebih mengaji kat mesir, mcm2 pengalaman aku dapat kat mesir... kawan2 pon semua ok, boleh masuk semua.. pengajian aku kat sana pon ok...perasaan aku bercampur nak pi ker tak... last2 aku telepon mak ngn ayah aku, aku abaq kat depa yang aku dapat Uni Madinah. Depa swuh aku balik Malaysia, start buat urusan. Aku mengadu kat mak ngn ayah aku yg aku x mau mengaji kat Uni Madinah, sebab dah selesa mengaji kat mesir, tapi tok wan aku paksa aku balik gak... maka setakat tue lah pengajian aku Mesir... ( baca dalam mood sedih ) huhu...


( Pic Kat Atas Pintu Gerbang Utama Uni Madinah Time Malam )

   
   Ok... nie nak cerita kelebihan masuk Uni nie :-

  1. Dapat pi masjid Nabawi dan setiap hari boleh pi ( dah mmg duduk kat sana kan ) yang menjadi dambaan setiap orang yang sanggup buang duit beribu2 semata nak mai sini.
  2. Dekat dengan Nabi - Sollahu Alaihi Wasalam -.
  3. Dapat belajar @ Talaqqi bersama ngn Masyaikh yang hebat ( Masya ALLAH ) dalam pelbagai ilmu cth : fikh, hadis, tafsir, tauhid, faraidh etc...
  4. Dapat Mukafaah ( elaun belajar ) sebanyak SR 850.00 ( hat nie mmg ramai yg suka kan... hahaha )
  5. Asrama free, x gaduh nak bayaq bil letrik ngn bil air... yuran pengajian pon free x gaduh bayaq... pi buat bitoqoh tolib ( kad pelajar ) terus dapat mengaji kat sini beb..
  6. Dapat buat umrah setiap minggu ( kalau hampa larat lah )... selalunya kami student malaysia naik bas SAPTCO ( mcm bas rasmi kat saudi lah macam transnasional, Plus Liner... ), dapat discount sbb student.
  7. Kalau bab Kuliah @ Fakulti ada macam2, kalau Pengajian Islam ( Syariah, Usuluddin & Dakwah , Hadis , Al -Quran, Bahasa Arab ) kalau yang jenis Akademik plak ( Enginering, Sains , Farmasi ) apa lagi tau.. x ingat... tapi buat masa la nie Uni Madinah buka PENGAJIAN ISLAM SAHAJA untuk student luar saudi...
  8. Kalau hampa mmg x bleh cakap arab, hampa akan masuk MA'AHAD LUGHAH ( mcm markaz bahasa arab untuk orang yg x pandai cakap arab ). AKu dulu masuk situ gak dalam setahun lebih, baru aku masuk kuliah.


Cara Memohon Masuk ke Universiti Islam Madinah
  1. Pemohonan mesti dibuat secara online di website rasmi Universiti Islam Madinah.
  2. Calon mesti lulus peperiksaan SPM dan sijil STAM adalah bonus.
  3. Dokumen kad pengelanan, surat beranak dan sijil SPM mesti diterjemah ke bahasa arab di Institut Terjemaah & Buku Malaysia beralamat di Wisma Itnm, 2, Jalan 2/27e, Taman Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Proses penterjemahan mengambil masa 3 – 5 hari bekerja tapi kalau nak buat ekspress ada yuran tambahan yang dikenakan. Kami bayar RM250 untuk 3 dokumen. Terima kasih kepada Ustaz Syed Puad yang membantu.
  4. Borang pemeriksaan kesihatan perlu diambil di Kedutaan Arab Saudi Malaysia beralamat di Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat di hospital yang disenaraikan oleh Kedutaan Arab Saudi. Kami memilih KPJ Selangor kerana ada kenalan. Pemeriksaan kesihatan mengambil masa 7 hari bekerja.
  5. Perlu mendapatkan dua surat sokongan (tazkiyah) daripada individu atau organisasi yang diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah.
  6. Dokumen berikut mesti di scan pada format jpg dengan saiz tidak lebih 4 mb. Calon akan ada masalah untuk memuat turun dokumen seperti kami pada awalanya sekiranya dokumen menggunakan format pdf dan file melebihi size 4 mb.
    • Kad pengenalan asli
    • Kad pengenalan terjemahan arab
    • Sijil SPM asli
    • Sijil SPM terjemaah arab
    • Sijil STAM asli (jika ada)
    • Sijil STAM terjemaah arab (jika ada)
    • Gambar berukuran passport
    • Laporan kesihatan menggunakan borang yang disediakan oleh Kedutaan Arab saudi
    • Surat sokongan pertama berbahasa arab
    • Surat sokongan kedua berbahasa arab
    • Passport calon
  7. Calon perlu mengisi data peribadi  dan data-data lain ke dalam borang pemohonan secara online dalam bahasa arab dan muat masuk semua dokumen yang telah di scan ke dalam borang online tersebut.
  8. Calon akan mendapat no pemohonon 8 digit setelah semua selesai sebagai no rujukan setiap kali berurusan dengan pihak UIM.
  9. Calon juga dikehendaki menyerahkan no pemohonan kepada pihak hospital dimana pemeriksaan kesihatan dibuat untuk pihak hospital mengirimkan laporan kesihatan secara online ke Kedutaan Arab Saudi.
  10. Uruskan pertemuan dengan Sheikh Pengajian untuk interview samada di Madinah atau di Malaysia semasa lawatan beliau ke Malaysia.
  11. Dapatkan berita pengajian terkini melalui wakil pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah.
   Banyak lagi kalau nak cerita kelebihan duk kat sini... klu nak tau lebih mai lah ngaji sini.. rasai sendiri hahaha...syarat2 dia ampa boleh ngendap dalam web dia ( http://admission.iu.edu.sa/Defaulten.aspx ) hampa jgn risau, kaau hampa x pandai bahasa arab, depa dah sedia dengan mcm2 bahasa ( english, indonesia,urdu, jerman, urdu hahaha ) . Kat uni nie macam uni luar negara gak lah, ada pelbagai student luar saudi yang mengaji kat sini ( afrika , china , korea mcm2 lagi lah ). Nak kirim barang dari Malaysia pon senang, sebab kalau adik beradik mai buat umrah, bleh kirim kat depa... hahaha ( nampak sgt menyusahkan orang... Ya Ampun... ) 


( Pic Kat Atas Student Malaysia Sedang Mengulang Pelajaran Bersama Salah Seorang Student Afrika, Nie Kat Dalam Kelas Kuliah Syariah )


   Sekarang aku dah duk lima tahun kat sini, aku la nie sem 7 dah tinggal satu sem lagi ( taon akhir aku kat sini ) bukan senang nak mai sini abe2 kakok2 weiii... mau kumpul duit beribu2 baru boleh mai sini... hat daftar ngn tabung haji pon kena tunggu lama... Nikmat mana yang kamu nak dustakan wahai diri yang menulis blog ini... kalau ada hat teringin nak masuk uni habaq kat ruang komen bawah nie noh... kita jumpa lagi yer.. haha.. Wassalam...


   


Diari Pertama di Bumi Madinah Al Munawwarah

- بسم الله الرحمن الرحيم -


السلام عليكم و رحمة الله و بركته


   Di pagi yang sejuk membeku kat Madinah nie...Hari nie merupakan hari pertama aku buat blog nie, dan aku namakan sebagai "Diari Chef Madani". Saja nak isi masa lapang dengan menulis cerita2, perkongsian dan pengalaman sebagai Musafir Ilmu di tanah barakah ni. Mesti ampa nak tau kan sebab apa aku letak nama blog aku dengan perkataan "Chef Madani" ? sebabnya mcm ampa dapat tangkap time ampa baca perkataan tue (dia ni suka masak kot ? ) huehue...

   Memang aku suka masak... aku suka mencuba pelbagai macam2 resepi... tapi resepi yang aku rasa sedap lah... klu resepi mat hitam mana lah aku nak layan... hahaha.... kadang2 ada orang2 arab dari negara lain ( bukan saudi noh, sebab saudi mana pandai masak haha ) macam maghribi or yaman, depa nie mmg suka masak. Kadang2 time aku nak cuci pinggan aku suka jeling kat depa dok masak apa ( mat itam masak pon aku jeling gak ). kadang2 aku buat ramah ( aku nie lelaki melayu terakhir kottt malu sangat ) tapi aku ketepikan malu yang membuak2 sampai nak termuntah keluar nie dengan tanya resepi kat depa... 

   Ada setengah resepi tue depa bawak mai dari negara depa sendiri mcm : bahan2 rempah etc... hatta periuk tanah khas maghribi ( hat tudung periuk dia muncung macam kubah masjid ), bahan2 rempah khas dari negara depa etc... klu resepi makanan arab nie x lah payah sangat kot aku rasa, hat makanan melayu aku rasa susah lgi dengan kena blender cabai kering lah , serai lah, nak blender cabai kering kena pi rebus bagi lembut dulu ( qenyah nak masak pon ) macam2 lagi lah... klu resepi makanan arab yg aku tengok, potong bawang besar,kentang, tomato, kerat ayam lps tue boh ayam, boh rempah n katup tudung periuk letak atas dapoq... siap... senang ja... siap masak nga nga ( buka mulut ) ja.... hahaha 

   Insya Allah... dengan blog baru aku buat nie, ampa pakat2 doa lah bagi aku semangat nak tulis blog... tak lah hangat2 taik unta ( jgn tanya aku pernah pegang taik unta ker tak... nie perumpamaan sahaja ya permisa ) aku teringin nak kongsi kisah suka duka diri aku nie sebagai student Malaysia yang mengaji kat madinah nie...perkongsian ILMU dari Masyaikh bumi haramain dan lain2 lagi ( x terhad dok tulis resepi saja hahaha ).  langit tak selalunya cerah wahai sohabat, kdg2 cerah kdg2 hujan, tapi aku caya lepas hujan mesti Allah akan kirimkan pelangi plk... 

   Kdg2 jemaah umrah yang mai sini, depa kata " syoknya ngaji sini... pak cik suka sangat " betul kata pak cik umrah tue, mmg syok kat sini sebab keberkatan bumi Madinah nie sangat lah besar dan Nabi - Sollahu Alaihi Wassalam - bersabda mafhum dia ( Madinah ni sebaik-baik untuk mereka... kalau mereka mengetahui ). Di sinilah ( Madinah Al Munawwarah ) tempat kerajaan Islam di bina... segala ceruk aspek kehidupan manusia di bentuk dan di tarbiyyah oleh Habibuna Mustofa Rasulullah sehingga masuk tidur Nabi kita ajar... sebab itu agama Islam nie agama yang syumul ( sempurna ) lagi2 di Bumi Madinah nie bersemadinya Jasad yang MULIA dan sahabat2 baginda.... mmg tak dinafikan lagi dengan keberkatan bumi nie....

   Tapi sahabat2 sekalian... Bumi Madinah nie juga bumi Tarbiyyah... mcm2 tarbiyyah aku dapat kat sini... lain segmen aku akan kongsi dekat ampa... nie baru buat kot blog, relax lah... panjang lagi masa.... hehehe... Ok Lah... takat nie dulu aku tulis, lain masa aku tulis plak nohhh... ok... wa cau dulu... Wassalam :-)



( pic kat atas time tunggu semayang raya haji dalam masjid Nabawi )
   

Taif... Saksi Kehebatan Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam Dalam Berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم    Assalamualaikum.... pa habaq ? Sihat ka ? Semoga kehidupan semua pembaca Blog Chef Madani Sihat2 belaka noh...