Ahad, 11 Disember 2016

Syoknya Minum Asoir' ( Jus Buah ) Di Musim Syita' Kat Madinah Al Munawwarah


السلام عليكم و رحمة الله و بركته


   Haaa... Hari nie nak cita pasai kegemaran Masyarakat Arab Saudi amnya dan juga kesukaan Student Malaysia hat mengaji kat Uni Islam Madinah Al Munawwarah, ampa nak tau apa ? jeng..jeng.. MINUM JUS BUAH atau dalam bahasa arab عصير ( a'sir ). Selalunya kami kat sini kalau ada masa lapang, x kira cuti ka apa ka, selalu mai lepak kat kedai jus buah... kat Arab Saudi memang famous lah kalau bab minum jus nie... berceqetek ( banyak ) kedai2 hat juai ayaq jus buah nie... kadang2 kalau ada jemaah umrah hat mai madinah selalunya geng2 Muzawwir ( orang yg bawa ziarah ) akan bawa jemaah dia mai kedai2 jus buah... best owhh....

   Macam2 jus buah ada kat kedai... antaranya yang aku suka minum kat kedai jus buah :-
  • منجو بالحليب ( jus buah pelam/mangga campur susu )
  • رمان ( jus buah delima )
  • هبهب ( jus buah tembikai )
  • عنب ( jus buah anggur )
  • فواكه مشكل مع آيس كريم ( potongan buah2 campur dengan ais krim )
  • مقطع منجو مع آيس كريم ( potongan buah pelam dengan ais krim )
  • سنيكرس ( sebut dia SEEKERS macam jenama kasut plak... hat nie lagi best... air coklat campur kacang ngn nutella... Terbaik baq hang )
   Hat atas tue yang selalu aku minum kalau aku pi singgah kat kedai asoir ( عصائر : Perkataan jamak atau perkataan yang menunjukkan banyak ), aku tak kiqa waktu cuti ka waktu sejuk ka janji aku dapat minum hahaha...kalau bab kedai jus buah nie ada banyak, dari kedai jus buah hat kecik yg besa2 ja sampai lah kedai jus hat khas untuk buat jus. Kedai2 Asoir' yang famous kat madinah yang aku tau ada 3 ja :-
  • دنيا عصائر ( Dunya Asoir ) kalau terjemahan : Dunia Jus Buah
  • فراولتي ( Farawalati ) kalau terjemahan : buah strawberi
  • بابايا ( Babaya ) kalau terjemahan : buah betik.. ala kalau BI panggil papaya
   Tiga kedai hat atas tue antara kedai2 asoir hat famous kat madinah... tapi kalau dunya asoir paling famous lah dan selalu nampak student2 malaysia bawa adik beradik depa dari malaysia atau jemaah umrah mai minum kat sini. Kalau size cawan plk ada dari kecik sampai lah besaq :-
  • صغير ( soghir ) terjemahan : gelas kecik
  • وسط ( wasoth ) terjemahan : gelas yang saiz dia tengah2 hampa paham kot noh haha
  • كبير ( kabir ) terjemahan: gelas besaq
  • جالون ( jalun ) terjemahan : gelen tapi bukan gelen hat besaq tue noh... dia boh ( isi ) dalam botol lah tapi besaq lagi dari gelas besaq.
   Harga dia beza2 lah berdasarkan gelas yang ampa minta.. kalau bab harga aku x berapa nak ingat sebab jarang minum...ya lah... kalau pi minum tiap2 hari mau tembuih ( terkoyak ) poket seluaq aku weii.. kalau sekali minum tibai macam nak pecah perut hahaha... yang aku ingat kalau wasoth harga dia dalam 6 riyal...harga nie kat kedai DUNYA ASOIR' kalau tak silap lah... selalunya kat kedai2 hat juai jus2 nie ada juai makanan sampingan gak tak pon kat sebelah kedai dia macam :-

  • شاورما ( Syawarma ) macam kebab kat malaysia ( hat nie ada juai kat sebelah kedai dunya asoir )
  • biskut besaq ( hat nie ada kat kedai dunya asoir )
  • بروست ( brost ) ayam goreng celup tepung macam KFC, makanan fast food nie antaranya famous gak lah kat arab saudi nie.
   Selalunya yang aku dok nampak, student2 Malaysia selalu beli hat atas tue time minum asir', tapi kalau tak tempah pon tak pa... dah alang2 nak minum jus tibai sekali dengan syawarma ka apa ka... hehehe.... lain segmen nanti aku cita plak pasai makanan2 arab tu... ampa nanti kalau mai buat umrah ka haji ka ajak lah adik beradik ampa hat ngaji madinah nie x pon ampa ajak muzawwir travel umrah ampa mai minum jus nie... depa tau lah nak bawak ampa kat mana... tapi kan ampa jangan lah lupa ajak aku gak.. hehehe... Harap2 ada gak lah kat Malaysia juai jus2 buah mcm nie... hat ada kat malaysia pon jenis jus buah hat juai kat PASAR MALAM... hat segelas seringgit tue... tapi jus buah hat dok juai kat saudi nie lagi power kat Malaysia.... memang puaih hati lah abaq hang... ok lah takat nie aku cita kat ampa... nantikan cita yg terbaru plak... نراكم على الخير



( Keadaan Kedai Jus Buah Dunya Asoir' - دنيا عصائر - penuh kedai dia dengan buah, hat panjang tue buah tembikai arab )


( Mai Singgah Minum Jus Buah Sat.... )


( Yang Nie منجو بالحليب - Jus Buah Mangga Campoq Susu -, Hat nie saiz ( wasoth ) , harga dia dalam 6 riyal kalau kat silap di Dunya Asoir )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taif... Saksi Kehebatan Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam Dalam Berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم    Assalamualaikum.... pa habaq ? Sihat ka ? Semoga kehidupan semua pembaca Blog Chef Madani Sihat2 belaka noh...