Selasa, 18 Julai 2017

Jom Pi Pasar Basah Di Madinah Al Munawwarah...


بسم الله الرحمن الرحيم

   Assalamualaikum semua... jumpa lagi... hari nie rajin plak aku nak cita tentang Pasar Basah @ orang utaqa panggil Market.... (orang utaqa depa cakap bi hehehe... ) . Orang kalau ingat kalau mai Arab Saudi nie kiqa makan unta , kurma , roti ja... padahal depa tak tau yang kat Arab Saudi nie ada pasar jual macam2... dari sayur , ikan , daging dan lain2 lagi... kami student Malaysia bukanya makan kurma ja tau... kat sini ada beras gak, jangan ingat kami nie makan buah kurma setiap hari... huhuhu

   Selalu kalau hujung minggu , aku selalu pi market ngn kawan2 aku beli ikan , sayur dan macam2 lagi... kalau naik teksi ( arab panggil مشور / misywar ) , kami akan tahan depan Universiti dan habaq kat depa kata nak pi ( حلقة / halagah... yang huruf qoff kita sebut ga sbb nie bahasa pasar arab saudi ) atau kata pasar sayur ( سوق خضار / soq khudor ), jarak antara pasar basah madinah ngn universiti kami dalam 6 kilometer ja... dulu abg2 senior pernah cita kalau depa pi pasar jalan kaki jah... ( ternganga aku sat... rajin depa jalan kaki pi sana ) kalau aku mmg tak laqat lah nak pi jalan kaki... hehehe... 

   Harga teksi nak pi halagah selalunya dalam 5 riyal atau 10 riyal... lebih pada tu kita kiqa muhong ( bohong )... hehehe.... sebab apa kami selalu mai beli barang2 basah kat halagah ? padahai kat baqolah ( kedai kecik ) kat belakang jamiah ( universiti ) pon banyak org juai... sebabnya... barang2 kat halagah lagi murah tambah fresh lagi... mcm sayur timun dalam 10 batang lebih kurang boleh dapat 5 riyal... kebanyakkan sayur yang jual kat halagah mcm timun, bawang besar , salad dan lain2 lagi boleh dapat dalam harga 5 riyal... murahkan... 

   Kalau section samak @ سمك ( ikan ), dekat sini kita boleh tengok macam2 ikan depa juai.. ada besaq ada kecik ada macam2 warna.... kalau ikan2 yang orang malaysia selalu makan macam ikan kembung atau ikan siakap ada gak nampak jual kat sini... yang paling rare sekali ikan keli pon ada jual kat madinah... huhuhu... harga plak bleh tahan gak lah... tapi ikan yang paling murah harga dia ikan kembung ngn ikan talapia.... ikan pari ngn siput @ kerang tak dak jual kat madinah.... udang , sotong ada gak jual kat madinah.... tapi tahap fresh makanan laut kat sini tak samalah dengan malaysia... yer lah... dah jauh dari laut kan... Selalumya makanan2 laut depa ambik dari Yanbu' ( salah satu tempat yang dekat dengan laut di arab saudi ).... jauh yanbu' dengan madinah lebih kurang dalam 2 jam perjalanan... nak pulak bawa ke tengah padang pasir macam madinah ni.. mmg makan masa gak lah kan... sbb tu nak dapatkan ikan2 yang fresh kat madinah agak susah lah... 

   Di pasar nie gak, terdapat tempat untuk menggoreng ikan terletak bersebelahan dengan section ikan. Memang kebiasaan arab di sini, depa akan beli ikan di section ikan, kemudian pi ke tempat goeng ikan, dan goreng ikan siap2 sebelom balik ke rumah mereka... ikan tue orang hat goreng akan tabur sedikit dengan Dukkah ( ]دكة ) iaitu sejenis herba arab yang di kisar halus jintan manis dengan ketumbar... rasa dukkah nie masin2 sikit rasanya dia boh garam sikit kot... , kemudian dia goreng ikan dalam kawah yang besar ( macam kawah gulai kawah tue... tapi saiz dia besar sikit ).... ikan yg digoreng jadi kering2 dan masin2 ( tak kena lah dengan selera orang malaysia ).... huhu... Kebiasaan arab dia tak beli ikan kecik2 mcm ikan kembong tue, tapi dia beli ikan hat besaq2 utk digoreng hue hue...kadang2 ada ja stail masakan ikan yg lain mcm masywi ( مشوي ) maksud dia panggang atau stail ikan stim... harga pulak terpulang kepada kedai yang dia pi... kalau dapat murah, murah lah... kalau dapat mahal... bayar jer lah... hehehe

   Selain ikan dan sayuran.... dekat pasar nie juga ada jual benda lain, macam buah buahan ( bukan kurma saja tau... macam buah cth : tembikai , mangga , pisang dll ), buah nie ada yg hasil keluaran dari arab saudi atau ada yg di import dari luar negara. Daging pon ada gak dijual kat sini mcm daging kambing , unta , ayam , arnab , burung merpati dan juga DHOB ( sejenis biawak padang pasir , boleh search dekat google hehehe ). Selain itu ada juga di jual madu lebah, herba2, beras, bahan2 plastik ( macam pimggan plastik , cawan plastik dll ) dan banyak lagi lah juai kat sini... jadi jangan ingat kalau orang yg dok di tanah arab nie hanya makan kurma ja... huhuhu... ada jugak lah pernah dengar ada mak dia bekalkan dalam beg anak dia sebelum anak dia berangkat ke tanah arab dengan telur, beras huhuhu... macam2 lah... kalau barang rare macam kicap, rempah kari, daun kari, serai boleh di beli di kedai barangan indonesia... macam2 ada... ok lah... takat tue ja kot gambaran pasar basah di madinah... nantikan pengalaman2 menarik semasa aku belajar di bumi barokah nie... tumggu post yang akan datang... Wassalam... 



( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( periuk pon ada jual kat sini )

( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( daging yang dijual di halagah )

( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( antara makanan laut yang dijual di halagah )

( jeruk buah zaitun )

( buah tembikai jenis panjang )

( comel jer bendi kat sini hehehe )

( buah tin yang fresh )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Taif... Saksi Kehebatan Rasulullah Sollahu Alaihi Wa Sallam Dalam Berdakwah

بسم الله الرحمن الرحيم    Assalamualaikum.... pa habaq ? Sihat ka ? Semoga kehidupan semua pembaca Blog Chef Madani Sihat2 belaka noh...